Saturday, 18 May 2019

BAB 15- PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21)

PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK-21)


Pembelajaran abad ke-21(PAK21) telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21. Komunikasi merujuk kepada perbualan yang berlaku di antara guru dan murid atau murid dan murid untuk berkongsi ilmu yang difahami bersama rakan-rakan lain. Ini yang dikatakan sebagai komunikasi berpusatkan murid. Kolaboratif dalam dunia pendidikan pula adalah kerjasama yang wujud antara guru dan murid atau murid dan murid secara aktif dan menyeluruh, di mana, ia melibatkan pertukaran idea, pendapat atau pengetahuan antara murid-murid. Pemikiran kritis berlaku apabila murid-murid mula meneroka pemikiran mereka untuk menilai idea-idea yang diterima secara rasional dan membuat pertimbangan mengenai idea tersebut melalui penggunaan alasan-alasan yang wajar. Seterusnya kreativiti merujuk kepada sesuatu proses yang berlaku, di mana, ia melibatkan penghasilan sesuatu yang baru, berguna dan juga berkualiti dimana murid perlu berfikir di luar kotak untuk menghasilkan sesuatu ciptaan yang baru dan berguna.Akhir sekali,  nilai murni boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku yang baik, beradab dan menjaga tatasusila, manakala, etika pula merujuk kepada keperibadian atau perwatakan seseorang. Dalam dunia pendidikan, elemen ini amat penting untuk diterapkan dalam diri murid-murid agar dapat membentuk jati diri yang tinggi. Kelas abad ke-21 ini amat sesuai dilaksanakan kerana ia banyak memberi impak-impak yang positif dalam diri murid. Dengan wujudnya kelas abad ke-21 ini, murid-murid akan dilatih untuk memiliki kemahiran yang boleh digunakan pada masa akan datang, seperti kemahiran komunikasi yang baik, mampu berkolaborasi dan menyelesaikan masalah berdasarkan realiti kehidupan.
Rujukan 
Tamuri, Ab Halim & Hussin, Nur. (2017).Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya: Cabaran dan Harapan. Diperoleh daripada 

https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan

No comments:

Post a Comment

BAB 15- PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21)

PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK-21) Pembelajaran abad ke-21(PAK21) telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia di...