Saturday, 18 May 2019

BAB 14- INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH


Interaksi di dalam bilik darjah sangat perlu dipraktikkan. Hal ini demikian kerana, interaksi antara murid dan guru dalam bilik darjah disekolah akan meninggalkan kesan kepada ilmu yang hendak disampaikan dan cara penerimaan murid terhadap ilmu tersebut.Selain itu, interaksi yang berkesan akan menyebabkan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Oleh itu, setiap guru perlulah sentiasa peka terhadap persekitaran murid - murid agar mereka akan sentiasa fokus sewaktu menuntut ilmu. Maka sebagai guru, kita hendaklah memahami dan mengetahui dengan lebih jelas mengenai pola interaksi, kepentingan komunikasi dan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran, halangan dan gangguan komunikasi dan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran serta cara-cara mewujudkan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun, kepentingan interaksi dalam bilik darjah membolehkan mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmonis dan mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid,murid dan murid supaya pembelajaran lebih menyeronokkan.
      Aktiviti soal jawab antara guru dan murid akan menggerakkan para murid berfikir secara kritis dan kreatif.Dengan ini, ia mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murid dalam bilik darjah. Selain itu, bahan bantu belajar yang kreatif dan inovatif boleh menimbulkan minat murid untuk belajar dengan melibatkan diri secara aktif. Tambahan pula, pengajaran guru akan lebih berkesan malah interaksi antara murid akan terbentuk. Ia merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Dengan melalui interaksi ini, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajaran yang ditentukan dengan jayanya . Oleh itu setiap pendidikan perlulah mengetahui tentang interaksi dalam bilik darjah yang sebetulnya.
Rujukan 
Zalina Ina. (2012). Mewujudkan Iklim Bilik Darjah Yang Kondusif. Diperoleh     

No comments:

Post a Comment

BAB 15- PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21)

PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK-21) Pembelajaran abad ke-21(PAK21) telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia di...