RUMUSAN PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Pengurusan
alam pembelajaran terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan
selepas pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan alam pembelajaran ini
merangkumi segala fasa persediaan sebagai contohnya persediaan tempat
pembelajaran yang kondusif, alat bantu mengajar, bahan untuk mengajar dan sebagainya.
Seseorang guru hendaklah menitikberatkan pengurusan alam pembelajaran agar
minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, para guru perlu
mahir dalam membentuk suasana yang kondusif semasa mengendalikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya kemahiran berkomunikasi wujud secara lebih
dinamik, pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran-kemahiran tertentu dengan
berkesan. Perancangan yang berkualiti menjamin kualiti proses perkembangan
pembelajaran serta hasilnya kepada para pelajar. Jelaslah bahawa, pengurusan
alam pembelajaran dapat meransang ilmu pengetahuan kepada pelajar yang tidak
tahu apa-apa kepada tahu. Secara tidak langsung, segala pemindahan maklumat
pembelajaran akan berjalan dengan lancar hal ini sekaligus meningkatkan
pencapaian para pelajar. Di samping tu, melalui pengurusan alam pembelajaran
guru dapat memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya. Dimana sama ada, guru
telah bersedia sebelum, semasa dan selepas memasuki kelas. Kesimpulannya,
pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititikberatkan oleh para guru supaya
minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah serta segala pemindahan maklumat
akan berjalan lancar selaras dengan kehendak sekali gus meningkatkan pencapaian
pelajar.
Rujukan
Faiez
Roslan .(2018). Definisi Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperolehi daripada
http://faiezimtiaz.blogspot.com/2018/12/tajuk-14-pengurusan-alam-pembelajaran.html
No comments:
Post a Comment