Saturday, 18 May 2019

BAB 15- PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21)

PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK-21)


Pembelajaran abad ke-21(PAK21) telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21. Komunikasi merujuk kepada perbualan yang berlaku di antara guru dan murid atau murid dan murid untuk berkongsi ilmu yang difahami bersama rakan-rakan lain. Ini yang dikatakan sebagai komunikasi berpusatkan murid. Kolaboratif dalam dunia pendidikan pula adalah kerjasama yang wujud antara guru dan murid atau murid dan murid secara aktif dan menyeluruh, di mana, ia melibatkan pertukaran idea, pendapat atau pengetahuan antara murid-murid. Pemikiran kritis berlaku apabila murid-murid mula meneroka pemikiran mereka untuk menilai idea-idea yang diterima secara rasional dan membuat pertimbangan mengenai idea tersebut melalui penggunaan alasan-alasan yang wajar. Seterusnya kreativiti merujuk kepada sesuatu proses yang berlaku, di mana, ia melibatkan penghasilan sesuatu yang baru, berguna dan juga berkualiti dimana murid perlu berfikir di luar kotak untuk menghasilkan sesuatu ciptaan yang baru dan berguna.Akhir sekali,  nilai murni boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku yang baik, beradab dan menjaga tatasusila, manakala, etika pula merujuk kepada keperibadian atau perwatakan seseorang. Dalam dunia pendidikan, elemen ini amat penting untuk diterapkan dalam diri murid-murid agar dapat membentuk jati diri yang tinggi. Kelas abad ke-21 ini amat sesuai dilaksanakan kerana ia banyak memberi impak-impak yang positif dalam diri murid. Dengan wujudnya kelas abad ke-21 ini, murid-murid akan dilatih untuk memiliki kemahiran yang boleh digunakan pada masa akan datang, seperti kemahiran komunikasi yang baik, mampu berkolaborasi dan menyelesaikan masalah berdasarkan realiti kehidupan.
Rujukan 
Tamuri, Ab Halim & Hussin, Nur. (2017).Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya: Cabaran dan Harapan. Diperoleh daripada 

https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan

BAB 14- INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH


Interaksi di dalam bilik darjah sangat perlu dipraktikkan. Hal ini demikian kerana, interaksi antara murid dan guru dalam bilik darjah disekolah akan meninggalkan kesan kepada ilmu yang hendak disampaikan dan cara penerimaan murid terhadap ilmu tersebut.Selain itu, interaksi yang berkesan akan menyebabkan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Oleh itu, setiap guru perlulah sentiasa peka terhadap persekitaran murid - murid agar mereka akan sentiasa fokus sewaktu menuntut ilmu. Maka sebagai guru, kita hendaklah memahami dan mengetahui dengan lebih jelas mengenai pola interaksi, kepentingan komunikasi dan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran, halangan dan gangguan komunikasi dan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran serta cara-cara mewujudkan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun, kepentingan interaksi dalam bilik darjah membolehkan mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmonis dan mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid,murid dan murid supaya pembelajaran lebih menyeronokkan.
      Aktiviti soal jawab antara guru dan murid akan menggerakkan para murid berfikir secara kritis dan kreatif.Dengan ini, ia mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murid dalam bilik darjah. Selain itu, bahan bantu belajar yang kreatif dan inovatif boleh menimbulkan minat murid untuk belajar dengan melibatkan diri secara aktif. Tambahan pula, pengajaran guru akan lebih berkesan malah interaksi antara murid akan terbentuk. Ia merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Dengan melalui interaksi ini, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajaran yang ditentukan dengan jayanya . Oleh itu setiap pendidikan perlulah mengetahui tentang interaksi dalam bilik darjah yang sebetulnya.
Rujukan 
Zalina Ina. (2012). Mewujudkan Iklim Bilik Darjah Yang Kondusif. Diperoleh     

BAB 13- PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

RUMUSAN PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Pengurusan alam pembelajaran terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan alam pembelajaran ini merangkumi segala fasa persediaan sebagai contohnya persediaan tempat pembelajaran yang kondusif, alat bantu mengajar, bahan untuk mengajar dan sebagainya. Seseorang guru hendaklah menitikberatkan pengurusan alam pembelajaran agar minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, para guru perlu mahir dalam membentuk suasana yang kondusif semasa mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya kemahiran berkomunikasi wujud secara lebih dinamik, pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran-kemahiran tertentu dengan berkesan. Perancangan yang berkualiti menjamin kualiti proses perkembangan pembelajaran serta hasilnya kepada para pelajar. Jelaslah bahawa, pengurusan alam pembelajaran dapat meransang ilmu pengetahuan kepada pelajar yang tidak tahu apa-apa kepada tahu. Secara tidak langsung, segala pemindahan maklumat pembelajaran akan berjalan dengan lancar hal ini sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar. Di samping tu, melalui pengurusan alam pembelajaran guru dapat memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran  dapat dicapai sepenuhnya. Dimana sama ada, guru telah bersedia sebelum, semasa dan selepas memasuki kelas. Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititikberatkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah serta segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar selaras dengan kehendak sekali gus meningkatkan pencapaian pelajar.

Rujukan 
Faiez Roslan .(2018). Definisi Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperolehi daripada
http://faiezimtiaz.blogspot.com/2018/12/tajuk-14-pengurusan-alam-pembelajaran.html 

BAB 15- PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21)

PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK-21) Pembelajaran abad ke-21(PAK21) telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia di...